Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Jalan2 cuci mata

Universal Studios Singapore



 Assalamualaikum..Selamat Hari Raya Aidilfitri,masih sempat lagi ni nak ucap..bukan apa terlampau sebuk sampai terlupa pada blog ciptaan pertamaku ini.Sempena hari raya minggu lalu dah alang2 balik kampung di Johor tu apa lagi menyeberanglah tambak Johor tak sampai berapa minit tu je ke Singapore,pergi beraya tapi sempat la singgah tempat orang kaya2 ni janji dapat cuci mata yang kering.


Universal Studio yang kalau nak masuk guna duit RM sebanyak RM 184.80 (lebih kurang) seorang,tidak termasuk makan dan minum didalam tu yang semuanya double dari duit kita.Boleh la kalau dah sampai sana kalu tak masuk jalan2 saja tengok pemandangan diluarnya..cantik dan luas tempat tu,satu hari jalan pun confirm tak abis round.


Dengar kata orang islam pun boleh masuk sini tidak macam digenting higlands tu



Ini pintu masuk ke taman temanya







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ramadhan Sudah Tiba

Selamat Berpuasa



Assalamualaikum..sampai sudah bulan yang ditunggu-tunggu sekalian umat islam seluruh dunia,bulan yang mulia diantara seluruh bulan..bulan Ramadhan al-Mubarak.Rasa sayu hati mengenangkan betapa cepatnya masa ni berlalu sedar-sedar dah jumpa lagi bulan mulia ini tapi amalan dalam diri macam tu juga.Harap-harap bulan puasa ni dapat la puasa penuh..tapi orang pompuan ni mana ada yang dapat penuhkan??..insyaallah..

Syukur pada Allah SWT yang memberi peluang sekali lagi berjumpa bulan penuh keberkatan ini pada kita,dan tahun ini juga insyaallah rezeki bulan ramadhan akan bertambah hendaknya...kena kerja lebih ni.

Kepada umat islam seluruhnya..Selamat Menyambut Bulan penuh keberkatan Bulan Ramadhan dan Selamat Berpuasa..



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Satu Malam Dua...

Wayang Oh Wayang..



Assalamualaikum...malam semalam adalah sikit masa yang terluang dihabiskan dengan tengok wayang di GSC 1 Borneo Kota Kinabalu,bukan apa dapat tiket free(terima kasih Skuad ERA) kalau tak guna rugi jugak.Oleh sebab itu perlulah digunakan dengan menonton cerita yang tengah hangat sekarang ni Transformers dengan X-Men.
Boleh tahan jugak cerita transformers tu..enjoy patut la baru 1 minggu ditayangkan sudah $400 million dolar seluruh dunia,sapa-sapa belum pergi tengok boleh pergi sekarang tak rugi(siap promote lagi ni)meluangkan masa menonton wayang tapi jgn la bawa baby pulak tengok x sesuai la terkejut tu baby dengar....
X-Men First Class pun best juga cuma ada sikit confius,saya ni bukan la kaki wayang yang tau segala-gala cerita yang ditayangkan dipanggung ada siapa-siapa tahu itu cerita episod yang keberapa?.
Ok cukup untuk hari ini akan ada sambungan cerita lain,kita tunggu dilain cerita..




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Historical Stories

Muzium Agop Batu Tulug

Assalamualaikum...ada lagi satu destinasi gerakkaki-eda dah sampai,di Muzium Agop Batu Tulug didalam daerah Kinabatangan.Gua batu kapur Labang yang berusia 20-25 juta tahun,dengan ketinggian 39 meter dari aras dasar hutan.


ini peta pada pintu masuk untuk naik keatas


pemandangan dari bawah Agop Batu Tulug


gua kecil diantaranya,tapi tak nampak sebab tidak ada tangga untuk kesitu


gua pertama dibawah... Agop Lintanga


pertama masuk dah seram...banyak keranda disini


jalan untuk naik keatas,semput jugak la naik tinggi dan mencabar


gua kedua Agop Sawat


Sebenarnya disini terdapat 3 buah gua utama,iaitu Agop Suriba,Agop Lintanga dan Agop Sawat.Pada lubang-lubang gua Lintanga dan gua Sawat mengandungi lebih seratus buah keranda yang berukir berusia antara 500-690 tahun.Jika mahu lebih lagi silalah berkunjung kesini cantik juga pemandangan dari atas boleh nampak keindahan hutan disekeliling.Batu Tulug terletak di kampung Batu Putih kira-kira 41 km dari pekan Kota Kinabatangan serta terletak kira-kira 0.8km dari pinggir sungai Kinabatangan.Masuk pun tak mahal cuma RM2.00 je pada warganegara Malaysia dan RM15.00 pelancong luar.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Pengantin Baru

Joel & Effa

Assalamualaikum..dah seminggu menyepi kerana busy buat persiapan perkahwinan,bukan saya nak kawin ye tapi orang dibawah ni diantara Tuan Inspector Joel Teo dan Puan Nafifah Triana Jamaluddin pada 25hb jun 2011 di Lahad Datu.


Muhammad Joel Teo & Nafifah Triana Jamaluddin


diarak masuk kedewan


indahnya dua sejoli memadu kasih diatas pelamin indah dihari bahagia....


saya bersama pengantin..

Semoga mereka berdua berbahagia sehingga akhir hayat dan direstui oleh yang Maha Esa..Amin.Selesai sudah segala persiapan dan majlis perkahwinan untuk tahun ini,tunggu saya dicerita akan datang...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Hari Bapa

Wahai Ayahku...


Ini lah ayah ku...sempena hari bapa yang disambut 19 jun 2011 ini nak la juga wish pada ayah tersayang,walaupun jauh tetap macam dekat je ayah kat sebelah dan perhatikan anak mu yang nakal ni (memang pun nakal tak mau dengar kata) cehwah..ayat tu...
Ini lah contoh idola kalau nanti nak dapat calon suami nak macam ayah sendiri(boleh dapat ke?....)boleh dikatakan sempurnalah dari segi agamanya,perlindungannya,keewangan (kedekut sikit) jgn marah ayah!!!..Alhamdulillah saya mendapat ayah yang sangat-sangat penyayang dan menjaga kami sekeluarga dengan sempurna sehingga menjadi anak-anak yang solehah..


Angah sayang ayah dunia dan akhirat..tidak ada ayah lain yang boleh menggantikan mu wahai Hj.Mohamed bin Jaafar.Kaulah segalanya didunia ini dan pastinya diakhirat kelak...Jasa mu akan kukenang sehingga akhir nyawaku dibadan ini.Semoga kau dilindungi oleh Yang Maha Kuasa....


SELAMAT HARI BAPA....wahai AYAHKU







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Connect #MaxisPlayBook to your BlackBerry smartphone and amplify your BlackBerry usage experience.

Connect #MaxisPlayBook to your BlackBerry smartphone and amplify your BlackBerry usage experience.









  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Balik Sekolah

Belajar lagi...

Assalamualaikum...3 hari tak dapat update blog,almaklumlah masuk sekolah semula.Ini baru dapat masukkan cerita baru tapi mengenai sekolah percuma dan makan percuma.
Zaman sekarang ni dah berlambak2 sekolah,kolej,universiti yang menyediakan tempat untuk belajar,pilih saja mana yang berkenan dihati.Cerita pasal belajar ini ada tempat percuma kalau mereka yang ingin menyambung pelajaran walaupun dalam jangka pendek,bolehlah untuk tambah ilmu siapa nak bagi belajar percuma termasuk makan dan minum.Dapat sijil lagi..ilmu dah tentu dapat,tapi yang heran kenapa hanya sedikit kaum melayu yang belajar disini,kebanyakkannya kaum cina,dusun dan sebagainya.Mana pergi orang melayu?kenapa malu nak belajar percuma?entahlah...



 Inilah tempatnya..


dalam kelas ni..


pc kawan sebelah


bangganya nenek pun nak belajar,orang muda-muda mana??



Saya seronok dapat sambung semula belajar walaupun jangka masa pendek,janji dapat ilmu dan pengetahuan dari buat kerja tak tentu hala bagus kita sambung belajar.Dibawah ini ada assigment pertama dikelas Movie Editing:

video









  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jom pergi beriadah....

Bersantai-santai..


 Mari kita berjogging,longgarkan apa yang dah ketat tu dekat badan kita ni..
 Pemandangan gunung Kinabalu dari Perdana Park Tanjung Aru,rasa macam dekat je tu gunung..
 Bawalah family beriadah disini,setiap pukul 7.10pm akan diadakan air pancut berirama,tapi masa ni saya tidak dapat tengok mungkin lain hari..
Tasik Victoria,saya pun tidak tahu kenapa diberi nama tasik Victoria,mungkin anda yang tahu boleh berkongsi bersama saya
 Ini signboardnya...
 Dalam satu kawasan juga ni...
Pintu masuk dan keluar..












Barulah hari ini saya berkesempatan berkunjung kesini dibawa khas oleh kakak saya,thanks kak jalan-jalan makan angin.Seronok juga kalu kita nak berjoging disini tempatnya luas dan banyak kemudahan yang disediakan,bawa anak-anak berjalan pun tidak rugi.Parking kereta pun murah saja 1 jam pertama baru RM0.50 jadi bolehlah anda datang kesini.                                                                                              
Kepada sesiapa yang ada informasi mengenai tempat ini bolehlah berkongsi bersama,saya harap banyakkan lagi tempat-tempat sebegini untuk kemudahan kita bersama.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dekat mana ni?....




Lokasi Percutian Yang Menarik...



Macam dekat Cameron Highland??..


Ini pulak macam dekat oversea...


Macam rumah orang asli yang sudah dikasi modenkan dan cantik..


Wow...rumah orang putih la...rumah siapa ni??..


Betul la ni rumah orang putih ni cantiknya siap ada taman2 lagi ni...


Eh!!!!!...macam tepi pantai negara kita ni...dimana ni??


Pemandangan indah dari jauh...

Rupa-rupanya ini semua ada ditempat kita iaitu Malaysia,lokasi ini saya ambil di Tempurung Seaside Loadge Pantai Tempurung Kuala Penyu,Sabah.Cantik pemandangan disini tempatnya tenang jauh dari kesebukkan kota,jika anda ingin bercuti disini tenangkan fikiran bolehlah datang ke negeri sabah.
Ini first time saya jejakkan kaki disini,cuma saya terkilan dengan pengurusan disini yang tak mesra pelanggan,banyak tempat saya pergi tidak pernah saya dihalau dari parking kereta gara-gara saya ini bukan guest mereka.Adakah patut?diharap pihak pengurusan ambil perhatian kerana ianya boleh menjejaskan industri pelancongan di negara kita.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Anak-anak Riang..



Pertandingan Cerita Anak-anak Tadika..

Petang tadi sempat lagi saya singgah di karnival Sazarice kompleks sukan Likas,saja ronda-ronda cuci mata setelah penat pusing-pusing cari parking dekat TM jalan Bundusan.Sambil ronda-ronda ada ternampak anak-anak riang diatas pentas,rupanya pertandingan bercerita peringkat sekolah Tadika Perpaduan.


 Comel-comel budak-budak ni..ada yang terlebih over ada yang takut-takut,tapi saya tengok ramai jugak yang berbakat.Mungkin mereka-mereka inilah yang akan memimpin kita pada masa depan sapa tau kan?balik pada cerita anak-anak ni saya suka lihat pada costume mereka macam-macam rupa ada.Seronok jugak tengok budak-budak bercerita hafal skrip yang lupa pun banyak jugak.


Yang ini tengah tunggu siapa pemenangnya... sambil menyanyi rasa sayang lagu tema bagi anak-anak tadika ni,walaupun saya tak pernah ke sekolah tadika tapi serba sedikit taulah jugak(tahun 80an tak wajib pergi tadika so saya antaranya..)Ini adalah lagu-lagu rakyat yang selalu diajar dimana-mana tadika di Malaysia dari dulu sampai sekarang.


Ini adalah pemenangnya,yang ditengah tu adik dari tadika Putatan(tak ingat nama),diapit pemenang tempat kedua dan ketiga.Tahniah pada anak-anak ni sebab kalian semua inilah yang akan memimpin negara kita nanti,jadi belajar la rajin-rajin dari sekarang dah besar nanti boleh berjasa...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sagu..

Pinantung,Natok,Ambuyat,Ambolong,Sagu.....


 Pinantung,natok,ambuyat,ambolong dan sagu adalah makna yang sama,tetapi daripada suku kaum yang berbeza.Gambar diatas ini adalah yang dikata pinantung,natuk,ambuyat,ambolong dan sagu.


 Inilah dia gambar pinantung yang belum dimasak,dekat sini saya terangkan apa itu pinantung?.Pinantung dalam bahasa suku kaum dusun tatana adalah panggilan bagi sagu iaitu makanan dari pokok rumbia yang sudah siap dimasak,manakala natok pula adalah bahasa yg sama juga digunakan oleh kaum dusun tatana tetapi untuk panggilan bagi sagu yang belum dimasak.


 Ambuyat dan ambolong pula adalah panggilan bagi suku kaum bisaya untuk sagu sebelum dan selepas dimasak.


 Cara-cara bagaimana memasak sagu,mesti menggunakan air panas dan dikacau sehingga rata kesemua sekali.Cara penyimpanan sagu mentah dengan merendam didalam air dan boleh tahan selama satu minggu mengikut cara penyimpanan yang betul.


 Kacau rata-rata..


 Pinantung yang sudah ready untuk dimakan dan dihidangkan...



Ambuyat ini juga lagi sedap makan bersama lauk pauk yang bersesuaian contohnya macam diatas ni,tetapi ni hanya sebahagiannya saja.Menurut orang sabah ambuyat ni lagi sedap kalau makan dengan masakan ala kampung seperti ennava,pucuk keladi,jeruk bambangan,nangka muda dan sebagainya yang berasaskan dari kampung.
Kalau nak cuba rasa pinantung ni jemputlah datang ke negeri dibawah bayu,kerana makanan disini tidak ada disemenanjung.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS