Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Jalan2 cuci mata

Universal Studios Singapore



 Assalamualaikum..Selamat Hari Raya Aidilfitri,masih sempat lagi ni nak ucap..bukan apa terlampau sebuk sampai terlupa pada blog ciptaan pertamaku ini.Sempena hari raya minggu lalu dah alang2 balik kampung di Johor tu apa lagi menyeberanglah tambak Johor tak sampai berapa minit tu je ke Singapore,pergi beraya tapi sempat la singgah tempat orang kaya2 ni janji dapat cuci mata yang kering.


Universal Studio yang kalau nak masuk guna duit RM sebanyak RM 184.80 (lebih kurang) seorang,tidak termasuk makan dan minum didalam tu yang semuanya double dari duit kita.Boleh la kalau dah sampai sana kalu tak masuk jalan2 saja tengok pemandangan diluarnya..cantik dan luas tempat tu,satu hari jalan pun confirm tak abis round.


Dengar kata orang islam pun boleh masuk sini tidak macam digenting higlands tu



Ini pintu masuk ke taman temanya







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ramadhan Sudah Tiba

Selamat Berpuasa



Assalamualaikum..sampai sudah bulan yang ditunggu-tunggu sekalian umat islam seluruh dunia,bulan yang mulia diantara seluruh bulan..bulan Ramadhan al-Mubarak.Rasa sayu hati mengenangkan betapa cepatnya masa ni berlalu sedar-sedar dah jumpa lagi bulan mulia ini tapi amalan dalam diri macam tu juga.Harap-harap bulan puasa ni dapat la puasa penuh..tapi orang pompuan ni mana ada yang dapat penuhkan??..insyaallah..

Syukur pada Allah SWT yang memberi peluang sekali lagi berjumpa bulan penuh keberkatan ini pada kita,dan tahun ini juga insyaallah rezeki bulan ramadhan akan bertambah hendaknya...kena kerja lebih ni.

Kepada umat islam seluruhnya..Selamat Menyambut Bulan penuh keberkatan Bulan Ramadhan dan Selamat Berpuasa..



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Satu Malam Dua...

Wayang Oh Wayang..



Assalamualaikum...malam semalam adalah sikit masa yang terluang dihabiskan dengan tengok wayang di GSC 1 Borneo Kota Kinabalu,bukan apa dapat tiket free(terima kasih Skuad ERA) kalau tak guna rugi jugak.Oleh sebab itu perlulah digunakan dengan menonton cerita yang tengah hangat sekarang ni Transformers dengan X-Men.
Boleh tahan jugak cerita transformers tu..enjoy patut la baru 1 minggu ditayangkan sudah $400 million dolar seluruh dunia,sapa-sapa belum pergi tengok boleh pergi sekarang tak rugi(siap promote lagi ni)meluangkan masa menonton wayang tapi jgn la bawa baby pulak tengok x sesuai la terkejut tu baby dengar....
X-Men First Class pun best juga cuma ada sikit confius,saya ni bukan la kaki wayang yang tau segala-gala cerita yang ditayangkan dipanggung ada siapa-siapa tahu itu cerita episod yang keberapa?.
Ok cukup untuk hari ini akan ada sambungan cerita lain,kita tunggu dilain cerita..




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Historical Stories

Muzium Agop Batu Tulug

Assalamualaikum...ada lagi satu destinasi gerakkaki-eda dah sampai,di Muzium Agop Batu Tulug didalam daerah Kinabatangan.Gua batu kapur Labang yang berusia 20-25 juta tahun,dengan ketinggian 39 meter dari aras dasar hutan.


ini peta pada pintu masuk untuk naik keatas


pemandangan dari bawah Agop Batu Tulug


gua kecil diantaranya,tapi tak nampak sebab tidak ada tangga untuk kesitu


gua pertama dibawah... Agop Lintanga


pertama masuk dah seram...banyak keranda disini


jalan untuk naik keatas,semput jugak la naik tinggi dan mencabar


gua kedua Agop Sawat


Sebenarnya disini terdapat 3 buah gua utama,iaitu Agop Suriba,Agop Lintanga dan Agop Sawat.Pada lubang-lubang gua Lintanga dan gua Sawat mengandungi lebih seratus buah keranda yang berukir berusia antara 500-690 tahun.Jika mahu lebih lagi silalah berkunjung kesini cantik juga pemandangan dari atas boleh nampak keindahan hutan disekeliling.Batu Tulug terletak di kampung Batu Putih kira-kira 41 km dari pekan Kota Kinabatangan serta terletak kira-kira 0.8km dari pinggir sungai Kinabatangan.Masuk pun tak mahal cuma RM2.00 je pada warganegara Malaysia dan RM15.00 pelancong luar.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Pengantin Baru

Joel & Effa

Assalamualaikum..dah seminggu menyepi kerana busy buat persiapan perkahwinan,bukan saya nak kawin ye tapi orang dibawah ni diantara Tuan Inspector Joel Teo dan Puan Nafifah Triana Jamaluddin pada 25hb jun 2011 di Lahad Datu.


Muhammad Joel Teo & Nafifah Triana Jamaluddin


diarak masuk kedewan


indahnya dua sejoli memadu kasih diatas pelamin indah dihari bahagia....


saya bersama pengantin..

Semoga mereka berdua berbahagia sehingga akhir hayat dan direstui oleh yang Maha Esa..Amin.Selesai sudah segala persiapan dan majlis perkahwinan untuk tahun ini,tunggu saya dicerita akan datang...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Hari Bapa

Wahai Ayahku...


Ini lah ayah ku...sempena hari bapa yang disambut 19 jun 2011 ini nak la juga wish pada ayah tersayang,walaupun jauh tetap macam dekat je ayah kat sebelah dan perhatikan anak mu yang nakal ni (memang pun nakal tak mau dengar kata) cehwah..ayat tu...
Ini lah contoh idola kalau nanti nak dapat calon suami nak macam ayah sendiri(boleh dapat ke?....)boleh dikatakan sempurnalah dari segi agamanya,perlindungannya,keewangan (kedekut sikit) jgn marah ayah!!!..Alhamdulillah saya mendapat ayah yang sangat-sangat penyayang dan menjaga kami sekeluarga dengan sempurna sehingga menjadi anak-anak yang solehah..


Angah sayang ayah dunia dan akhirat..tidak ada ayah lain yang boleh menggantikan mu wahai Hj.Mohamed bin Jaafar.Kaulah segalanya didunia ini dan pastinya diakhirat kelak...Jasa mu akan kukenang sehingga akhir nyawaku dibadan ini.Semoga kau dilindungi oleh Yang Maha Kuasa....


SELAMAT HARI BAPA....wahai AYAHKU







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Connect #MaxisPlayBook to your BlackBerry smartphone and amplify your BlackBerry usage experience.

Connect #MaxisPlayBook to your BlackBerry smartphone and amplify your BlackBerry usage experience.









  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS