Muzium Agop Batu Tulug
Assalamualaikum...ada lagi satu destinasi gerakkaki-eda dah sampai,di Muzium Agop Batu Tulug didalam daerah Kinabatangan.Gua batu kapur Labang yang berusia 20-25 juta tahun,dengan ketinggian 39 meter dari aras dasar hutan.
ini peta pada pintu masuk untuk naik keatas
pemandangan dari bawah Agop Batu Tulug
gua kecil diantaranya,tapi tak nampak sebab tidak ada tangga untuk kesitu
gua pertama dibawah... Agop Lintanga
pertama masuk dah seram...banyak keranda disini
jalan untuk naik keatas,semput jugak la naik tinggi dan mencabar
gua kedua Agop Sawat
Sebenarnya disini terdapat 3 buah gua utama,iaitu Agop Suriba,Agop Lintanga dan Agop Sawat.Pada lubang-lubang gua Lintanga dan gua Sawat mengandungi lebih seratus buah keranda yang berukir berusia antara 500-690 tahun.Jika mahu lebih lagi silalah berkunjung kesini cantik juga pemandangan dari atas boleh nampak keindahan hutan disekeliling.Batu Tulug terletak di kampung Batu Putih kira-kira 41 km dari pekan Kota Kinabatangan serta terletak kira-kira 0.8km dari pinggir sungai Kinabatangan.Masuk pun tak mahal cuma RM2.00 je pada warganegara Malaysia dan RM15.00 pelancong luar.
2 comments:
wah ini baru namanya menyelam smbil minum jus....hehehe. Mmg brsejarah tmpt ni tp seram sikit la.
anty dah smpai ke?sebenarnya mcm x larat je mau naik tp keana gerakkaki dilaratkan lah juga....
Post a Comment