Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Sagu..

Pinantung,Natok,Ambuyat,Ambolong,Sagu.....


 Pinantung,natok,ambuyat,ambolong dan sagu adalah makna yang sama,tetapi daripada suku kaum yang berbeza.Gambar diatas ini adalah yang dikata pinantung,natuk,ambuyat,ambolong dan sagu.


 Inilah dia gambar pinantung yang belum dimasak,dekat sini saya terangkan apa itu pinantung?.Pinantung dalam bahasa suku kaum dusun tatana adalah panggilan bagi sagu iaitu makanan dari pokok rumbia yang sudah siap dimasak,manakala natok pula adalah bahasa yg sama juga digunakan oleh kaum dusun tatana tetapi untuk panggilan bagi sagu yang belum dimasak.


 Ambuyat dan ambolong pula adalah panggilan bagi suku kaum bisaya untuk sagu sebelum dan selepas dimasak.


 Cara-cara bagaimana memasak sagu,mesti menggunakan air panas dan dikacau sehingga rata kesemua sekali.Cara penyimpanan sagu mentah dengan merendam didalam air dan boleh tahan selama satu minggu mengikut cara penyimpanan yang betul.


 Kacau rata-rata..


 Pinantung yang sudah ready untuk dimakan dan dihidangkan...



Ambuyat ini juga lagi sedap makan bersama lauk pauk yang bersesuaian contohnya macam diatas ni,tetapi ni hanya sebahagiannya saja.Menurut orang sabah ambuyat ni lagi sedap kalau makan dengan masakan ala kampung seperti ennava,pucuk keladi,jeruk bambangan,nangka muda dan sebagainya yang berasaskan dari kampung.
Kalau nak cuba rasa pinantung ni jemputlah datang ke negeri dibawah bayu,kerana makanan disini tidak ada disemenanjung.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 comments:

Anonymous said...

haahhahaha....favorite ko tu yg ko tulis......i like sago...hehehehe

eda said...

yup inilah mknan favorite i..hehehe mstilah share sama2 sapa mau mkn sagu..come join sedap!!!

d.angel said...

ini jg la yang sedap.....ngam dgn resipi hinava tu kan..