Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Ramadhan Sudah Tiba

Selamat Berpuasa



Assalamualaikum..sampai sudah bulan yang ditunggu-tunggu sekalian umat islam seluruh dunia,bulan yang mulia diantara seluruh bulan..bulan Ramadhan al-Mubarak.Rasa sayu hati mengenangkan betapa cepatnya masa ni berlalu sedar-sedar dah jumpa lagi bulan mulia ini tapi amalan dalam diri macam tu juga.Harap-harap bulan puasa ni dapat la puasa penuh..tapi orang pompuan ni mana ada yang dapat penuhkan??..insyaallah..

Syukur pada Allah SWT yang memberi peluang sekali lagi berjumpa bulan penuh keberkatan ini pada kita,dan tahun ini juga insyaallah rezeki bulan ramadhan akan bertambah hendaknya...kena kerja lebih ni.

Kepada umat islam seluruhnya..Selamat Menyambut Bulan penuh keberkatan Bulan Ramadhan dan Selamat Berpuasa..



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Satu Malam Dua...

Wayang Oh Wayang..



Assalamualaikum...malam semalam adalah sikit masa yang terluang dihabiskan dengan tengok wayang di GSC 1 Borneo Kota Kinabalu,bukan apa dapat tiket free(terima kasih Skuad ERA) kalau tak guna rugi jugak.Oleh sebab itu perlulah digunakan dengan menonton cerita yang tengah hangat sekarang ni Transformers dengan X-Men.
Boleh tahan jugak cerita transformers tu..enjoy patut la baru 1 minggu ditayangkan sudah $400 million dolar seluruh dunia,sapa-sapa belum pergi tengok boleh pergi sekarang tak rugi(siap promote lagi ni)meluangkan masa menonton wayang tapi jgn la bawa baby pulak tengok x sesuai la terkejut tu baby dengar....
X-Men First Class pun best juga cuma ada sikit confius,saya ni bukan la kaki wayang yang tau segala-gala cerita yang ditayangkan dipanggung ada siapa-siapa tahu itu cerita episod yang keberapa?.
Ok cukup untuk hari ini akan ada sambungan cerita lain,kita tunggu dilain cerita..




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Historical Stories

Muzium Agop Batu Tulug

Assalamualaikum...ada lagi satu destinasi gerakkaki-eda dah sampai,di Muzium Agop Batu Tulug didalam daerah Kinabatangan.Gua batu kapur Labang yang berusia 20-25 juta tahun,dengan ketinggian 39 meter dari aras dasar hutan.


ini peta pada pintu masuk untuk naik keatas


pemandangan dari bawah Agop Batu Tulug


gua kecil diantaranya,tapi tak nampak sebab tidak ada tangga untuk kesitu


gua pertama dibawah... Agop Lintanga


pertama masuk dah seram...banyak keranda disini


jalan untuk naik keatas,semput jugak la naik tinggi dan mencabar


gua kedua Agop Sawat


Sebenarnya disini terdapat 3 buah gua utama,iaitu Agop Suriba,Agop Lintanga dan Agop Sawat.Pada lubang-lubang gua Lintanga dan gua Sawat mengandungi lebih seratus buah keranda yang berukir berusia antara 500-690 tahun.Jika mahu lebih lagi silalah berkunjung kesini cantik juga pemandangan dari atas boleh nampak keindahan hutan disekeliling.Batu Tulug terletak di kampung Batu Putih kira-kira 41 km dari pekan Kota Kinabatangan serta terletak kira-kira 0.8km dari pinggir sungai Kinabatangan.Masuk pun tak mahal cuma RM2.00 je pada warganegara Malaysia dan RM15.00 pelancong luar.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS