Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Macam-macam










Sejarah Daerah Pontian - Penghujung Benua Asia






        Daerah yang kini dikenali sebagai Pontian dahulunya adalah dikenali   
        sebagai Kukup atau Kukub dengan pusat pentadbirannya terletak di 
        Kukup laut berhampiran pelabuhan Kukup yang ada sekarang.         
Pada zaman dahulu kawasan pantai barat Johor dari Kukup hingga Benut adalah kawasan persinggahan dan perhentian perompak-perompak lanun yang berpangkalan di Selat Kukup. Mereka singgah dan berhenti di kuala Sungai Perhentian Besar dan Sungai Perhentian Kecil yang kemudian dikenali sebagai Sungai Pontian Besar dan Sungai Pontian Kecil.
Memetik kata-kata dari Abdullah Munsyi dari hikayatnya: Selat Kukup masa itu adalah seperti suatu bilik. Kalau berapa besar angin pun di situ teduh juga. Maka oleh sebab orang hendak berlindungkan angin lalu masukkan ke dalam jalan Selat Kukup itu. Maka di situlah tempatnya ditangkap perompak, sebab ia boleh kelihatan orang, orang tidak boleh melihat dia. Maka sebab itulah kuat. Orang setempat didapatnya dengan senang.
Pada 1 Januari 1866, Tanjung Puteri telah ditukar namanya menjadi Johor Bahru dan dijadikan pusat pemerintah negeri Johor yang baru. Negeri Johor mula dibangun. Beberapa penempatan telah diteroka dan dibuka. Kawasan pantai barat Johor diletakkan di bawah jagaan Datuk Penggawa Barat Abdul Saad bin Ibrahim yang berpusat di Tanjung Kupang. Sementera itu bahagian Johor Timur pula di Mersing dan Kuala Sedili dijaga Datuk Penggawa Timur yang berpusat di Tanjung Surat.
Pada tahun 1878 Tuan Syed Muhamad Alsagoff atau Nong Chik, seorang saudagar dan hartawan Arab dari Singapura telah memohon kepada Sultan Abu Bakar Johor untuk membuka satu kawasan pertanian. Sultan Abu Bakar telah memperkenankan permohonan ini dan menyerahkan kepada Syed Muhamad Alsagoff untuk memilih kawasan yang diingininya.
Akhirnya pada tahun 1878, Tuan Syed Muhamad Alsagoff telah belayar dari Teluk Belanga, Singapura menghala ke bara daya Johor di perairan Kukup dan Pontian untuk mencari kawasan yang sesuai bagi pertanian. Beliau telah memilih Kukup kerana Kukup pada masa itu cuma sebuah kampung nelayan yang didiami oleh orang-orang Melayu dari Melaka belum diteroka dan dibuka secara meluas. Beliau mengemukakan permohonannya keada pentadbir pantai barat Johor iaitu Datuk Penggawa Barat Abdul Saad bin Ibrahim yang ketika itu berpusat di Tanjung Kupang.
Kawasan Kukup yang dikurniakan oleh Sultan Abu Bakar ini meliputi kawasan-kawasan Sungai Permas, Sungai Pontian Kecil, Sungai Pontian Besar dan Sungai Jeram Batu.
Tuan Syed Muhamad Alsagoff telah meneroka dan membuka kawasan Kukup ini dengan membawa buruh-buruh dari Jawa. Tuan Syed Muhamad Alsagoff telah membuka ladang besar atau estet di Kukup dengan tanaman getah, sagu, kelapa, kopi, nenas dan nilam. Beliau menamakan estetnya itu Constantinople Estate. Hasil-hasil dari Kukup ini dibawa ke Singapura dengan kapal melalui pelabuhan Kukup kerana masa itu jalan darat menghubungkan Kukup dengan Singapura belum ada.
Selain dari mengusahakan ladangnya sendiri, Tuan Syed Muhamad Alsagoff juga menyewakan tananhnya kepada pengusaha-pengusaha lain seperti Hevea Rubber Company dan Peneiro Planting Syndicaste dengan syarat syarikat-syarikat ini membayar cukai sebayak 2.5% dari hasil yang dikeluarkannya.
Selain dari itu, beliau juga memberikan penempatan kepada buruh-buruhnya berupa kebun-kebun kecil secara sistem pajak dengan cukai 1/10 dari hasil yang didapatinya. Beliau juga memberikan hak membuka kebun kepada orang-orang perseorangan. Ramai orang-orang Jawa telah diberikan hak meneroka dan membuka kebun di kawasan tanah kurnia kepunyaan Tuan Syed Muhamad Alsagoff ini.
Lebih dari itu, Tuan Syed Muhamad Alsagoff juga mengeluarkan matawang sendiri yang digunakan untuk kegunaan buruh-buruh dan pekerja-pekerja di tanah kurnia atau konsesi Kukup ini. Sekiranya berminat untuk mengetahui lebih lanjut dalam matawang yang dikeluarkan oleh Tuan Syed Muhamad Alsagoff, sila kunjungi Laman Web Kukup Net.
Dengan cara itu, Kukup yang dahulunya hutan rimba dan paya menjadi terbuka dan ramai orang mula berhijrah membuat kebun dan kampung halaman. Pelabuhan Kukup terus membesar.
Pada tahun 1906, apabila Tuan Syed Muhamad Alsagoff meninggal dunia maka urusan tanah konsesi Kukup di bawah kelolaan anaknya iaitu Tuan Syed Omar Alsagoff. Pada tahun 1914 apabila Johor mula menerima Penasihat British, beberapa perubahan cuba dilaksanakan oleh Inggeris. Ini termasuklah perubahan dalam pentadbiran tanah konsesi Kukup.
Pada tahun 1921, Kerajaan Johor dengan nasihat Inggeris telah melantik seorang pegawai Inggeris menjadi Wakil Penerima yang dikenali sebagai Receiver Alsagoff Consession bagi urusan tanah-tanah konsesi Alsagoff di Kukup itu. Wakil Penerima yang pertama untuk Kukup ialah Tuan B.R. Whitehouse. (Nama ini diabadikan menjadi nama sebatang jalan di bandar Pontian yang mulai tahun 1984 diubah namanya menjadi Jalan Dato' Ali Haji Ahmad.)
Pada tahun 1921 hingga 1926, ada 6 orang Wakil Penerima (RAC) untuk Kukup, mereka ialah:
1.        B.R. Whitehouse        1921 - 1923
2.        F.K. Wilson                1923 - 1924
3.        Sheehan                    Jun 1924 - Julai 1924
4.        Sbden                       Julai 1924 - November 1924
5.        Miller                         1 Disember 1924 - 31 Disember 1924
6.        J. Huggin                   1924 - 1926

Selepas tahun 1926, tanah-tanah konsesi Kukup diambil semula oleh Kerajaan Johor secara membeli dengan harga 1 juta Ringgit. Dengan ini Kukup ditadbir oleh Pegawai Pemungut Hasil Tanah bagi menggantikan Receiver Alsagoff Conession (RAC) dulu itu. Pegawai Pemungut Hasil Tanah yang pertama untuk Kukup ini ialah Encik Wan Hussein bin Endut. Nama ini kini diabadikan menjadi nama sebatang jalan disebelah Balai Polis Pontian menghala ke Jalan Parit Mesjid.
Pada tahun 1921, juga usaha-usaha telah dibuat bagi membina jalanraya dari pelabuhan Kukup ke Pontian bagi memesatkan lagi pembangunan Daerah Kukup.
Di sepanjang jalanraya yang jauh 12 batu (20 Kilomiter) ini juga terdapat pekan-pekan dan kampung-kampung seperti Permas, Penerok, Teluk Kerang, Rambah, Rimba Terjun dan Pontian Kecil serta Pontian Besr. Kampung-kampung baru terus dibuka oleh pendatang-pendatang dari Jawa, Sulawesi dan Sumatera.
Dengan ramainya penduduk-penduduk di daerah yang baru terbuka ini, kerajaan merasakan perlu adanya sebuah mahkamah bagi menyelesaikan masalah-masalah yang timbul. Dengan itu sebuah balai polis dan sebuah mahkamah telah dibuka di Kukup pada tahun 1924. Majistret pertama mahkamah ini ialah Tuan J.I. Miller yang juga menjadi Receiver Alsagoff Concession Daerah ini selama sebulan. Kemudian Engku Abdul Rahman pula menjadi majistretnya.
Untuk memudahkan perjalanan darat ke Johor Bahru, maka dibina pula jalanraya dari Pontian ke Johor Bahru. Dengan siapnya jalan ini pada tahun 1929, pekan Pontian Kecil berkembang pesat dan menjadi bandar utama Daerah Kukup. Ini disebabkan kedudukannya yang strategik di pertengahan dan persimpangan jalanraya dari Johor Bahru dan Kukup ke Batu Pahat dan Muar. Ia menjadi tempat persinggahan.
Akhirnya Pontian Kecil terus membesar dan layak menjadi Ibubandar untuk Daerah Kukup. Jabatan-jabatan Kerajaan mula dipindahkan ke Pontian Kecil. Akhirnya bandar Pontian Kecil menjadi pusat pentadbiran daerah. Lanjutan dari ini daerah yang mulanya dikenali sebagai Daerah Kukup berubah menjadi Daerah Pontian dengan ditadbir oleh Pegawai Daerah. Encik Wan Hussein bin Endut yang menjawat jawatan Pemungut Hasil Tanah Kukup meneruskan tugasnya sebagai Pegawai Daerah dan Pemungut Hasil Tanah.
Ini adalah cerita salah silah Daerah Pontian tanah kelahiran saya,sejauh mana pun saya pergi saya tetap pulang ke daerah ini...





Buang bayi macam sampah


Petikan muka depan Harian Metro adalah tentang kes membuangan bayi di pangsapuri sentul Kuala Lumpur.Kenapa semakin banyak kes sebegini terjadi?ini adalah kes yang ketiga terjadi di Kuala Lumpur dalam tempoh seminggu.Mana nilai harga nyawa manusia?
Semakin lama kita semakin menjadi seperti zaman jahiliah kalau tidak mahu anak itu bunuh saja..anda mahu kita menjadi sebegitu?.Dunia semakin canggih tapi manusia semakin ketinggalan,mungkin inilah bahana dunia dengan kecanggihannya yang membuatkan kita semakin lupa nilai harga diri dan nyawa manusia.Terlampau ramai diluar sana yang semakin lupa dan terlampau ramai yang mengejar kehidupan dunia ini,oleh kerana itu keseronokkan itu yang membuat kita lupa seketika dan lalai.
Wahai perempuan-perempuan diluar sana sedarlah bahawa kita hidup ini sementara sahaja janganlah kita lalai dengan keseronokkan dunia ini.Macam-macam boleh terjadi jika kita lalai,tengoklah apa yang sudah jadi kes pembuangan bayi ini semakin berleluasa,ambillah contoh dan iktibar pada diri kita.Sayu hati dan terkilan,bayi yang tidak tahu apa-apa dicampak seperti sampah dibuang kedalam sungai ditinggalkan kesejukkan akhirnya mati..
Saya sangat-sangat sedih mengenangkan pada mereka-mereka ini yang tidak ada perikemanusiaan sepatutnya mereka-mereka inilah yang tidak layak hidup didunia ini.Saya sertakan petikan Harian Metro 02 jun 2011;



















KUALA LUMPUR: Kekejaman jenayah buang bayi ibarat mencapai tahap kemuncak apabila seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui mati dengan kepala berkecai dipercayai akibat dicampak dari tingkat lima sebuah pangsapuri di Sentul Utara, di sini, jam 12 tengah ma

Angkara ‘binatang’

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS