Jalan2 cuci mata
Ramadhan Sudah Tiba
Satu Malam Dua...
Wayang Oh Wayang..
Boleh tahan jugak cerita transformers tu..enjoy patut la baru 1 minggu ditayangkan sudah $400 million dolar seluruh dunia,sapa-sapa belum pergi tengok boleh pergi sekarang tak rugi(siap promote lagi ni)meluangkan masa menonton wayang tapi jgn la bawa baby pulak tengok x sesuai la terkejut tu baby dengar....
X-Men First Class pun best juga cuma ada sikit confius,saya ni bukan la kaki wayang yang tau segala-gala cerita yang ditayangkan dipanggung ada siapa-siapa tahu itu cerita episod yang keberapa?.
Ok cukup untuk hari ini akan ada sambungan cerita lain,kita tunggu dilain cerita..
Historical Stories
Muzium Agop Batu Tulug
Assalamualaikum...ada lagi satu destinasi gerakkaki-eda dah sampai,di Muzium Agop Batu Tulug didalam daerah Kinabatangan.Gua batu kapur Labang yang berusia 20-25 juta tahun,dengan ketinggian 39 meter dari aras dasar hutan.
Sebenarnya disini terdapat 3 buah gua utama,iaitu Agop Suriba,Agop Lintanga dan Agop Sawat.Pada lubang-lubang gua Lintanga dan gua Sawat mengandungi lebih seratus buah keranda yang berukir berusia antara 500-690 tahun.Jika mahu lebih lagi silalah berkunjung kesini cantik juga pemandangan dari atas boleh nampak keindahan hutan disekeliling.Batu Tulug terletak di kampung Batu Putih kira-kira 41 km dari pekan Kota Kinabatangan serta terletak kira-kira 0.8km dari pinggir sungai Kinabatangan.Masuk pun tak mahal cuma RM2.00 je pada warganegara Malaysia dan RM15.00 pelancong luar.
Selamat Pengantin Baru
Joel & Effa
Assalamualaikum..dah seminggu menyepi kerana busy buat persiapan perkahwinan,bukan saya nak kawin ye tapi orang dibawah ni diantara Tuan Inspector Joel Teo dan Puan Nafifah Triana Jamaluddin pada 25hb jun 2011 di Lahad Datu.
Selamat Hari Bapa
Wahai Ayahku...
Connect #MaxisPlayBook to your BlackBerry smartphone and amplify your BlackBerry usage experience.
Balik Sekolah
Belajar lagi...
Assalamualaikum...3 hari tak dapat update blog,almaklumlah masuk sekolah semula.Ini baru dapat masukkan cerita baru tapi mengenai sekolah percuma dan makan percuma.
Zaman sekarang ni dah berlambak2 sekolah,kolej,universiti yang menyediakan tempat untuk belajar,pilih saja mana yang berkenan dihati.Cerita pasal belajar ini ada tempat percuma kalau mereka yang ingin menyambung pelajaran walaupun dalam jangka pendek,bolehlah untuk tambah ilmu siapa nak bagi belajar percuma termasuk makan dan minum.Dapat sijil lagi..ilmu dah tentu dapat,tapi yang heran kenapa hanya sedikit kaum melayu yang belajar disini,kebanyakkannya kaum cina,dusun dan sebagainya.Mana pergi orang melayu?kenapa malu nak belajar percuma?entahlah...
Jom pergi beriadah....
Bersantai-santai..
Mari kita berjogging,longgarkan apa yang dah ketat tu dekat badan kita ni..
Pemandangan gunung Kinabalu dari Perdana Park Tanjung Aru,rasa macam dekat je tu gunung..
Bawalah family beriadah disini,setiap pukul 7.10pm akan diadakan air pancut berirama,tapi masa ni saya tidak dapat tengok mungkin lain hari..
Tasik Victoria,saya pun tidak tahu kenapa diberi nama tasik Victoria,mungkin anda yang tahu boleh berkongsi bersama saya
Pintu masuk dan keluar..
Barulah hari ini saya berkesempatan berkunjung kesini dibawa khas oleh kakak saya,thanks kak jalan-jalan makan angin.Seronok juga kalu kita nak berjoging disini tempatnya luas dan banyak kemudahan yang disediakan,bawa anak-anak berjalan pun tidak rugi.Parking kereta pun murah saja 1 jam pertama baru RM0.50 jadi bolehlah anda datang kesini.
Kepada sesiapa yang ada informasi mengenai tempat ini bolehlah berkongsi bersama,saya harap banyakkan lagi tempat-tempat sebegini untuk kemudahan kita bersama.
Dekat mana ni?....
Anak-anak Riang..
Yang ini tengah tunggu siapa pemenangnya... sambil menyanyi rasa sayang lagu tema bagi anak-anak tadika ni,walaupun saya tak pernah ke sekolah tadika tapi serba sedikit taulah jugak(tahun 80an tak wajib pergi tadika so saya antaranya..)Ini adalah lagu-lagu rakyat yang selalu diajar dimana-mana tadika di Malaysia dari dulu sampai sekarang.
Sagu..
Pinantung,Natok,Ambuyat,Ambolong,Sagu.....
Ambuyat ini juga lagi sedap makan bersama lauk pauk yang bersesuaian contohnya macam diatas ni,tetapi ni hanya sebahagiannya saja.Menurut orang sabah ambuyat ni lagi sedap kalau makan dengan masakan ala kampung seperti ennava,pucuk keladi,jeruk bambangan,nangka muda dan sebagainya yang berasaskan dari kampung.
Kalau nak cuba rasa pinantung ni jemputlah datang ke negeri dibawah bayu,kerana makanan disini tidak ada disemenanjung.