Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

SULAMAN SENTRAL PHASE 1, KUALA MENGGATAL ,KOTA KINABALU



Lagi kecurian berlaku dalam tempoh selang 5 hari dikedai yang sama



Hari ini telah berlaku sekali lagi kecurian dikedai yang sama hanya selang 5 hari dari tarikh kejadian pertama.Kedai  Rafie Tele Shop di Sulaman Sentral Kuala Menggatal telah dimasuki pencuri sejurus baru beroperasi kira-kira pukul  10pagi.
Kerugian untuk hari ini sahaja dianggarkan dalam RM800 hanya dalam sekelip mata ,suspek berkulit gelap ala tentera tinggi 5’6,loghat ala-ala semenanjung berpakaian t-shirt putih traksuit biru gelap bermotosikal putih.Suspek mendakwa dia seorang askar yang akan pergi beroperasi disebuah pulau dalam jangka masa lama,oleh kerana itu suspek membeli kad prabayar dalam kuantiti yang banyak iaitu kad Digi 60 keping,2 charger sony ericsson,1 charger nokia dan meminta bil.Semuanya bernilai RM1636.00 dan apabila En.Rafie pemilik kedai sedang sebuk menulis resit suspek berpura-pura mengira kad prabayar dan mengatakan mahu mengambil duit didalam kereta tetapi terus menghilangkan diri.Sebenarnya suspek sudah mengambil 80 keping kad prabayar digi tanpa disedari oleh En.Rafie,apabila tersedar beliau mengira dan mendapati  kad prabayar itu sudah hilang.



Resit yang ditulis oleh En Rafie


Kejadian pertama telah  berlaku dikedai ini dimana kerugian dianggarkan dalam RM3000.00,antara barang-barang yang hilang adalah tudung,pelbagai eksesori handphone dan minuman ringan.Suspek tidak diketahui tetapi dipercayai dilakukan oleh seorang yang professional memandangkan tidak ada kerosakan Cuma kunci mangga yang rosak.
Ini pengajaran buat kita semua walaupun kita berjaga-jaga dalam apa jua keadaan tetapi masih ada juga berlaku kejadian sebegini.Diharap anda diluar sana sama-samalah kita membenteras kejadian sebegini dan diharap Polis Diraja Malaysia sentiasa membuat rondaan dipermis-permis perniagaan tidak kira siang atau malam untuk membendung jenayah yang semakin berleluasa di Kota Kinabalu,memandangkan semakin ramai pendatang asing ,penganggur dan penagih disini.Golongan inilah yang berpotensi melakukan jenayah dan menggangu ketenteraman awam.











  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Ruby Tlm said...

saya sokong!!!PDRM kalau buat rodaan jgn hanya sebagai syarat saja main lalu ja...kereta PDRM laju sja lalu ..perlahankan kelajuan kereta kalau laju macamana boleh nampak suspek!!!!dan sebaik-baiknya cubalah polis turun di 1 kawasan rodaan utk beberapa ketika baru lah namanya rodaan..ini kalau main limpas ja(lalu) apa makna!!!

eda said...

itula semua pihak kna ambil tahu jugak barulah kt bole kawal kadar jenayah ni