Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Benda aneh di Tamu






Apakah benda ini?....

Hari isnin yang cerah saya berniaga di Tamu Pekan Menggatal Kota Kinabalu Sabah dan berjumpa seorang pakcik bersama pembantunya yang setia ini.Apa yang dilakukannya?berasa pelik apabila dia mengeluarkan benda aneh lagi pelik,disebelah kedai kami lagi.Ramai orang yang berkerumun dan ingin mengetahui apakah benda aneh ini?...
Untuk pengetahuan anda semua benda aneh ini dikenali sebagai “Buaya Hitam”…anda percaya?.Begitu ramai yang melihat dan ramai juga yang tertarik untuk mengetahui apakah fungsinya.Pakcik ini menjawab bahawa “buaya hitam”ini boleh terbang dan berada di sesuatu tempat pada waktu yang sama,anda percaya?...Bagi saya ini adalah bertentangan dengan ajaran agama islam dan terpulang kepada sesiapa individu yang mahu mempercayai…
Rupa-rupanya pakcik ini menjual ubat gosok bagi membuang angin dan benda aneh itu hanya gimik untuk melakukan barang jualannya.Bagi yang percaya pada cerita pakcik ini mereka membelinya dengan senang hati dan hanya tidak sampai beberapa jam sahaja hasil jualannya telah habis.Senangnya hati pakcik hari ini jualannya sangat laku…..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

d.angel said...

mcm bukan buaya ja ni....rambut kena gulung2 ni..

Anonymous said...

pakcik e2 yg cakap buaya itam tapi x rupa buaya pun yg serupa mcam rambut panjang mcam ceta kuntilanak!!!!upselling skill pakcik ni hebat dlm msa 2 jam abis ubat gosok rm10 utk 1 btl percuma 2 btl!!!yg best ada demo magik free!!!d mana letak besi d kaki d tiup kluar kunun darah merah pekat tapi dr pandangan mata ku itu hanyalah pewarna merah!!!apa2 pun saya ucapkan tahniah kpd pakcik tu bcoz marketing strategiknya berjaya dan dgn gembira seorang pakcik bersama pembantunya berlalu pergi dgn senyuman puas!!!

Anonymous said...

uhhh klu mcm tu korg pun kena buat gak mcm pakcik tu buat..korg bw buaya darat...hahaha..business strategy maa..mcm2..

eda said...

ha bgus idea kau tu msti ada strategik tuk bisnes..nanti kami akan bawa kedepan usul itu..tq