Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Selamat Pengantin Baru

Joel & Effa

Assalamualaikum..dah seminggu menyepi kerana busy buat persiapan perkahwinan,bukan saya nak kawin ye tapi orang dibawah ni diantara Tuan Inspector Joel Teo dan Puan Nafifah Triana Jamaluddin pada 25hb jun 2011 di Lahad Datu.


Muhammad Joel Teo & Nafifah Triana Jamaluddin


diarak masuk kedewan


indahnya dua sejoli memadu kasih diatas pelamin indah dihari bahagia....


saya bersama pengantin..

Semoga mereka berdua berbahagia sehingga akhir hayat dan direstui oleh yang Maha Esa..Amin.Selesai sudah segala persiapan dan majlis perkahwinan untuk tahun ini,tunggu saya dicerita akan datang...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Hari Bapa

Wahai Ayahku...


Ini lah ayah ku...sempena hari bapa yang disambut 19 jun 2011 ini nak la juga wish pada ayah tersayang,walaupun jauh tetap macam dekat je ayah kat sebelah dan perhatikan anak mu yang nakal ni (memang pun nakal tak mau dengar kata) cehwah..ayat tu...
Ini lah contoh idola kalau nanti nak dapat calon suami nak macam ayah sendiri(boleh dapat ke?....)boleh dikatakan sempurnalah dari segi agamanya,perlindungannya,keewangan (kedekut sikit) jgn marah ayah!!!..Alhamdulillah saya mendapat ayah yang sangat-sangat penyayang dan menjaga kami sekeluarga dengan sempurna sehingga menjadi anak-anak yang solehah..


Angah sayang ayah dunia dan akhirat..tidak ada ayah lain yang boleh menggantikan mu wahai Hj.Mohamed bin Jaafar.Kaulah segalanya didunia ini dan pastinya diakhirat kelak...Jasa mu akan kukenang sehingga akhir nyawaku dibadan ini.Semoga kau dilindungi oleh Yang Maha Kuasa....


SELAMAT HARI BAPA....wahai AYAHKU







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Connect #MaxisPlayBook to your BlackBerry smartphone and amplify your BlackBerry usage experience.

Connect #MaxisPlayBook to your BlackBerry smartphone and amplify your BlackBerry usage experience.









  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Balik Sekolah

Belajar lagi...

Assalamualaikum...3 hari tak dapat update blog,almaklumlah masuk sekolah semula.Ini baru dapat masukkan cerita baru tapi mengenai sekolah percuma dan makan percuma.
Zaman sekarang ni dah berlambak2 sekolah,kolej,universiti yang menyediakan tempat untuk belajar,pilih saja mana yang berkenan dihati.Cerita pasal belajar ini ada tempat percuma kalau mereka yang ingin menyambung pelajaran walaupun dalam jangka pendek,bolehlah untuk tambah ilmu siapa nak bagi belajar percuma termasuk makan dan minum.Dapat sijil lagi..ilmu dah tentu dapat,tapi yang heran kenapa hanya sedikit kaum melayu yang belajar disini,kebanyakkannya kaum cina,dusun dan sebagainya.Mana pergi orang melayu?kenapa malu nak belajar percuma?entahlah...



 Inilah tempatnya..


dalam kelas ni..


pc kawan sebelah


bangganya nenek pun nak belajar,orang muda-muda mana??



Saya seronok dapat sambung semula belajar walaupun jangka masa pendek,janji dapat ilmu dan pengetahuan dari buat kerja tak tentu hala bagus kita sambung belajar.Dibawah ini ada assigment pertama dikelas Movie Editing:

video









  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jom pergi beriadah....

Bersantai-santai..


 Mari kita berjogging,longgarkan apa yang dah ketat tu dekat badan kita ni..
 Pemandangan gunung Kinabalu dari Perdana Park Tanjung Aru,rasa macam dekat je tu gunung..
 Bawalah family beriadah disini,setiap pukul 7.10pm akan diadakan air pancut berirama,tapi masa ni saya tidak dapat tengok mungkin lain hari..
Tasik Victoria,saya pun tidak tahu kenapa diberi nama tasik Victoria,mungkin anda yang tahu boleh berkongsi bersama saya
 Ini signboardnya...
 Dalam satu kawasan juga ni...
Pintu masuk dan keluar..












Barulah hari ini saya berkesempatan berkunjung kesini dibawa khas oleh kakak saya,thanks kak jalan-jalan makan angin.Seronok juga kalu kita nak berjoging disini tempatnya luas dan banyak kemudahan yang disediakan,bawa anak-anak berjalan pun tidak rugi.Parking kereta pun murah saja 1 jam pertama baru RM0.50 jadi bolehlah anda datang kesini.                                                                                              
Kepada sesiapa yang ada informasi mengenai tempat ini bolehlah berkongsi bersama,saya harap banyakkan lagi tempat-tempat sebegini untuk kemudahan kita bersama.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dekat mana ni?....




Lokasi Percutian Yang Menarik...



Macam dekat Cameron Highland??..


Ini pulak macam dekat oversea...


Macam rumah orang asli yang sudah dikasi modenkan dan cantik..


Wow...rumah orang putih la...rumah siapa ni??..


Betul la ni rumah orang putih ni cantiknya siap ada taman2 lagi ni...


Eh!!!!!...macam tepi pantai negara kita ni...dimana ni??


Pemandangan indah dari jauh...

Rupa-rupanya ini semua ada ditempat kita iaitu Malaysia,lokasi ini saya ambil di Tempurung Seaside Loadge Pantai Tempurung Kuala Penyu,Sabah.Cantik pemandangan disini tempatnya tenang jauh dari kesebukkan kota,jika anda ingin bercuti disini tenangkan fikiran bolehlah datang ke negeri sabah.
Ini first time saya jejakkan kaki disini,cuma saya terkilan dengan pengurusan disini yang tak mesra pelanggan,banyak tempat saya pergi tidak pernah saya dihalau dari parking kereta gara-gara saya ini bukan guest mereka.Adakah patut?diharap pihak pengurusan ambil perhatian kerana ianya boleh menjejaskan industri pelancongan di negara kita.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Anak-anak Riang..



Pertandingan Cerita Anak-anak Tadika..

Petang tadi sempat lagi saya singgah di karnival Sazarice kompleks sukan Likas,saja ronda-ronda cuci mata setelah penat pusing-pusing cari parking dekat TM jalan Bundusan.Sambil ronda-ronda ada ternampak anak-anak riang diatas pentas,rupanya pertandingan bercerita peringkat sekolah Tadika Perpaduan.


 Comel-comel budak-budak ni..ada yang terlebih over ada yang takut-takut,tapi saya tengok ramai jugak yang berbakat.Mungkin mereka-mereka inilah yang akan memimpin kita pada masa depan sapa tau kan?balik pada cerita anak-anak ni saya suka lihat pada costume mereka macam-macam rupa ada.Seronok jugak tengok budak-budak bercerita hafal skrip yang lupa pun banyak jugak.


Yang ini tengah tunggu siapa pemenangnya... sambil menyanyi rasa sayang lagu tema bagi anak-anak tadika ni,walaupun saya tak pernah ke sekolah tadika tapi serba sedikit taulah jugak(tahun 80an tak wajib pergi tadika so saya antaranya..)Ini adalah lagu-lagu rakyat yang selalu diajar dimana-mana tadika di Malaysia dari dulu sampai sekarang.


Ini adalah pemenangnya,yang ditengah tu adik dari tadika Putatan(tak ingat nama),diapit pemenang tempat kedua dan ketiga.Tahniah pada anak-anak ni sebab kalian semua inilah yang akan memimpin negara kita nanti,jadi belajar la rajin-rajin dari sekarang dah besar nanti boleh berjasa...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sagu..

Pinantung,Natok,Ambuyat,Ambolong,Sagu.....


 Pinantung,natok,ambuyat,ambolong dan sagu adalah makna yang sama,tetapi daripada suku kaum yang berbeza.Gambar diatas ini adalah yang dikata pinantung,natuk,ambuyat,ambolong dan sagu.


 Inilah dia gambar pinantung yang belum dimasak,dekat sini saya terangkan apa itu pinantung?.Pinantung dalam bahasa suku kaum dusun tatana adalah panggilan bagi sagu iaitu makanan dari pokok rumbia yang sudah siap dimasak,manakala natok pula adalah bahasa yg sama juga digunakan oleh kaum dusun tatana tetapi untuk panggilan bagi sagu yang belum dimasak.


 Ambuyat dan ambolong pula adalah panggilan bagi suku kaum bisaya untuk sagu sebelum dan selepas dimasak.


 Cara-cara bagaimana memasak sagu,mesti menggunakan air panas dan dikacau sehingga rata kesemua sekali.Cara penyimpanan sagu mentah dengan merendam didalam air dan boleh tahan selama satu minggu mengikut cara penyimpanan yang betul.


 Kacau rata-rata..


 Pinantung yang sudah ready untuk dimakan dan dihidangkan...



Ambuyat ini juga lagi sedap makan bersama lauk pauk yang bersesuaian contohnya macam diatas ni,tetapi ni hanya sebahagiannya saja.Menurut orang sabah ambuyat ni lagi sedap kalau makan dengan masakan ala kampung seperti ennava,pucuk keladi,jeruk bambangan,nangka muda dan sebagainya yang berasaskan dari kampung.
Kalau nak cuba rasa pinantung ni jemputlah datang ke negeri dibawah bayu,kerana makanan disini tidak ada disemenanjung.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jom tengok konsert....

Carnival



 Pagi tadi ternampak la skuad Era kat tepi kedai,on the way jalan kekedai ni singgah kejap.Dapat la tiket percuma tengok wayang,dah tu dapat 2 botol kicap dan 2 botol cuka,terima kasihlah skuad Era bagi percuma..Cuma dekat sini nak cerita pasal konsert malam sabtu ni.


 Akan diadakan dekat stadium Likas Kota Kinabalu,cuma yang tak bestnya tu tempat diorang nak buat konsert dekat padang rumput,dengan cuaca sekarang ini di sabah yang selalu hujan macam tak sesuai la buat kat situ mesti becak plus lecak teruk.


 Adalah jugalah booth2 menjual pelbagai makanan serta barang2 lain,tapi macam kurang promosi pulak tengok tidak ramai orang yang datang.Oh mungkin masa saya pergi ni hari bekerja jadi semua orang baru balik kerja dan penat...


Kesian juga pada penjual tengok muka layu aje....sabar ye makcik pakcik insyaallah ada lah tu yang datang membeli ada lagi 5 hari boleh kumpul duit banyak2.Pada penganjur syabas kerana berusaha membuat karnival seperti ini,cuma mungkin kurang promosi dan mungkin orang2 sabah ni sudah habis duit pergi "aramaiti"...
Hari sabtu ni saya dapat pas masuk percuma VIP depan pentas,so kalau cuaca cantik dapatlah saya update cerita lagi.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kuih agak pelik..

Jelurut kuih sampan...




Hari ini saya berkesempatan ke tamu Putatan,apa yang menarik minat saya adalah 2 jenis kuih dibawah ini..

Sarapan hari ini saya jumpa kuih pelik,panjang mcm siput tapi dalam ada isi.Manis-manis buah orang kata,kalau makan satu batang pun dah kenyang.Kuih ini asalnya dari Brunai dikenali sebagai Jelurut yang dibuat daripada tepung bersama santan.

Jelurut


Menu kedua kuih sampan...sebenarnya kuih pulut udang,disemenanjung pulut panggang disini kuih ini tidak dipanggang dan disimpan didalam "daun kirai".Apa itu "daun kirai"?..daun buat rokok orang kampung.Basicnya sama saja mcm pulut panggang cuma yang unik cara pembungkusannya seperti perahu.


Kuih pulut udang





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Makanan Tradisional Sabah

Kelupis


Makanan tradisional daerah di Sabah

Kelupis ialah makanan tradisional daerah dinegeri Sabah,biasanya kelupis dibuat untuk hidangan pada tetamu yang datang kerumah.Sama seperti cerita saya sebelum ini kelupis dihidangkan untuk upacara mengginum,kenduri kahwin,kenduri kematian serta upacara-upacara tertentu.


Makanan ini sama juga seperti lemang atau ketupat palas disemenanjung,pulut dikukus terlebih dahulu bersama santan setelah itu dibungkus menggunakan daun yang dipanggil daun silat.Di Sabah daun jenis ini banyak terdapat dikawasan Kimanis dalam daerah Papar.Mereka disini membuat kelupis secara beramai-ramai dengan semangat bergotong royong.Biasanya mereka makan kelupis begitu saja,tetapi ada juga yang gemar makan bersama kuah kari atau kuah satay sama seperti disemenanjung.



Makanan ini lebih sinonim di daerah seperti Papar,Beaufort,Kuala Penyu,Menumbok dan Sepitang.Jika anda ingin merasa makanan ini datanglah berkunjung ke daerah tersebut.Tidak rugi kalau kita banyak mengenali makanan tradisi sesuatu kaum di Malaysia.Bagi saya kelupis sama seperti ketupat palas cuma daun yang digunakan berbeza dan ada sedikit kelainan dalam rasanya.Bagi yang ingin merasa datang la ke negeri dibawah bayu.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tadau Keamatan (Pesta Keamatan)





Perayaan Pesta Keamatan yang disambut pada 30hb dan 31hb Mei 2011







Pesta Kaamatan (Menuai) disambut oleh Kadazandusun sebagai meraikan tuaian baik, tetapi Pesta Kaamatan juga disambut oleh semua kaum lain Sabah. Pesta Kaamatan disambut sepanjang bulan Mei walaupun perayaan ini hanya pada 30 dan 31 Mei. Kemuncak perayaan Kaamatan adalah peraduan ratu cantik atau unduk ngadau, tarian tradisi, dan upucara kemuncak yang dijalankan oleh Bobohizan "ketua pendita"

Pakaian tradisi suku kaum Bisaya

Pesta Kaamatan bagi kaum Kadazan juga dikenali sebagai 'Tadau Ka'amatan' dalam bahasa Kadazandusun.
Kadazan percaya kepada makhluk halus dan dipercayai terdapat lima makhluk halus: Kinoringan(Ketua makluk halus & Pencipta), Rusod(semangat semua benda hidup kecuali manusia), Koududuwo (semangat manusia), Tombiruo (semangat orang yang telah meninggal), dan Rogon (semangat jahat).
Menurut kepercayaan Kadazan, semangat padi merupakan Kinoingan (Kinorohingan dalam dialek Dusun) yang dikenali sebagai Bambaazon, disembah sebagai pencipta dan berkuasa sumber kepada kewujudan. Semangat padi Bambaazon dimuliakan pada pokok padi, beras, dan nasi. Ramai yang mempercayai bahawa "Tanpa padi, tiada kehidupan."
Ketika pesta Kaamatan, penduduk Sabah mengenakan pakaian tradisi mereka dan bersuka-ria. Selain menari Sumazau dengan alat muzik tradisi, tapai (arak beras) dihidangkan sebagai minuman istimewa. Penduduk Sabah akan menyapa sesama mereka dengan ucapan 'Kopivosian Tadau Ka'amatan' atau 'Selamat Hari Menuai'.


Diatas adalah acara tradisi suku kaum kadazan dusun tatana di Kuala Penyu iaitu "mengginum" dalam istilah kaum Dusun Tatana (kenduri dalam istilah melayu),upacara ini dilakukan pada  mereka yang berniat tidak kira untuk apa saja contohnya pada orang yang sudah meninggal,sakit atau untuk kenduri kahwin.










Antara hidangan popular semasa perayaan ini ialah meminum tapai atau "Kinomol", iaitu sejenis arak tradisional. Tapai merupakan minuman tradisi mereka, diperbuat sama ada daripada beras (nasi) atau ubi kayu. Nasi akan diperam di dalam sebuah tempayan besar atau "tajau" selama seminggu, atau ubi kayu diperam selama dua hingga tiga minggu. Biasanya tapai dicampur dengan ragi untuk mempercepatkan proses "memberi rasa" kepada tapai tersebut. Makanan tradisional turut disediakan sempena hari tersebut.
Mereka menggunakan sebatang buluh kecil yang dipanggil "Sumbiling" untuk menyedut air tapai ini dari dalam tempayan besar. Biasanya sumbiling digunakan untuk meminum air tapai yang diperbuat daripada ubi kayu. Selain itu, mereka juga menggunakan gelas khas dinamakan "Singgarung" yang diperbuat daripada buluh.







Diantara pakaian tradisi suku kaum kadazan.



Tarian Tradisional

Tarian Sumazau merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun yang terkenal di seluruh Malaysia. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan untuk menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit.Irama Sumazau adalah perlahan. Pasangan penari berhadapan dan menggerak-gerakkan kaki berlangkah kecil, sementara tumit kaki diangkat-turunkan mengikut irama. Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang. Biasanya Sumazau ditarikan semasa hari keramaian majlis jamuan Pesta Kaamatan.
Jika anda mahu melihat tarian sumazau ini sila klik dibahagian koleksi gambar,saya ada sertakan video tarian sumazau.Ini adalah koleksi saya untuk tahun 2011 dimana saya berada di kemuncak Pesta Keamatan peringkat negeri Sabah 2011 di KDCA Dogongon Penampang.






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS